-·=»‡«=·-IKATAN KEKELUARGAAN JAWA BARAT-·=»‡«=·-
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
-·=»‡«=·-IKATAN KEKELUARGAAN JAWA BARAT-·=»‡«=·-

Imah Pangancikan Raga Basa Pangancikan Rasa Sunda Pangancikan Kula
 
IndeksGalleryLatest imagesPencarianPendaftaranLogin
IKAJAB BUNGO-JAMBI
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad 55553111
PENGURUS IKATAN KEKELUARGAAN JAWA BARAT
Like/Tweet/+1
Berita Terkini
Social bookmarking
Social bookmarking reddit      



Bookmark and share the address of -·=»‡«=·-IKATAN KEKELUARGAAN JAWA BARAT-·=»‡«=·- on your social bookmarking website
User Yang Sedang Online
Total 1 user online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 1 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 8 pada Sun Dec 06, 2015 8:26 pm
Latest topics
» Sambutan Ketua Ikajab Kab. Bungo
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 2:18 pm by Admin

» Al-Habib Abu Bakar bin Husen Assegaf Bangil
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 4:14 am by Admin

» Al-Habib Abu Bakar bin Abdurrahman As-Seggaf (As-Sakran)
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 4:12 am by Admin

» Al-Habib Abu Bakar Al-Aidrus
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 4:11 am by Admin

» Al-Habib Abdurrohman bin Zein bin Ali Al-Jufri
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 4:10 am by Admin

» Al-Habib Abdurrahman bin Muhammad Assaqqaf (Tarim)
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 4:08 am by Admin

» Khasiat dan fadhilah Sholawat
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 4:05 am by Admin

» Al-Habib Abdullah Bin Mukhsin Al Athas
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 3:34 am by Admin

» Al-Habib Abdullah bin Husain bin Thahir
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 3:30 am by Admin


 

 Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 94
Join date : 10.08.14
Lokasi : Bungo-Jambi

Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Empty
PostSubyek: Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad   Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Icon_minitimeSat Aug 16, 2014 3:29 am

Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Beliau adalah Syeikh Al-Islam, atau mahaguru, penganjur dan pemimpin utama dalam jejak dakwah dan pendidikan, dari keturunan Sayyid, yang mulia, Abdullah bin Alwi Al-Haddad Al-Alawi Al-Husaini Al-Hadrami As-Syafa’i, Imam Ahli zamannya, yang sering berdakwah kepada jalan Allah, berjuang untuk mengembangkan agama yang suci dengan lisan dan penanya yang menjadi tumpuan dan rujukan orang ramai dalam ilmu pengetahuan. Beliau telah dilahirkan di salah sebuah kampung di kota Tarim, iaitu salah satu kota negeri Hadhramaut yang terkenal, pada malam 5 haribulan Safar, tahun 1044 Hijrah. Beliau lalu dibesarkan di kota tersebut, yang terkenal sebagai pusat penetapan kaum Ashraf (keturunan Sayyid) dari keturunan Sayyidina Husin bin Ali bin Abi Thalib. Di sanalah beliau mendapat pelajaran Al-Quranul Karim serta menghafalnya. Di masa kecil, beliau kehilangan pandangannya disebabkan tekanan penyakit cacar. Akan tetapi Allah SWT telah menggantikan pandangan lahir itu dengan pandangan batin. Beliau terus menuntut ilmu agama dan mendalaminya, sehingga menjadi pintar dan jaguh dalam segala selok-beloknya. Kemudian beliau mendampingi para ulama yang terkenal di zamannya, sehingga Allah Ta’ala mengurniakan kekuatan menghafal yang sangat menakjubkan serta fahaman yang luar biasa. Beliau terus bersungguh-sungguh dalam menjalankan amal ibadatnya, menyertakan amal di samping ilmu. Demikianlah cara hidup beliau dari sejak umur remaja hingga ke umur dewasa dan ke umur tua. Kemudian beliau mula bergiat untuk mendidik murid-muridnya, dan membimbing peminat-peminat untuk menuju ke jalan Allah Ta’ala. Lantaran itu, ramailah pelajar-pelajar ang datang mengunjunginya dari merata ceruk dan rantau, sehingga dengan itu tersebar luaslah manfaat yang ditabur oleh beliau ke merata tempat. Beliau sering juga merantau dan mengunjungi beberapa negeri untuk tujuan dakwah dan menyebarkan ilmu pengetahuan, sehingga tersebar luaslah pula pengajaran ilmu agama itu kepada orang ramai. Beliau juga seorang penyair yang berbakat; apabila mengungkapkan syairnya, nescaya mempersonakan. Juga seorang penuls yang puitis. Tulisannya sungguh mengharu dan memikat hati. Apabila berpidato, sering menimbulkan minat untuk mendengar, dan apabila berhuja, sering melumpuhkan. Beliau terkenal seorang pengarang yang jelas segala ibaratnya, kukuh dalam pengolahannya, mendalam segala perbahasannya, meneliti dalam pengambilannya, hujahnya terang, penerangannya mengkagumkan, amat luas interpretasinya. Beliau sering mengukuhkan pembicaraannya dengan ayat-ayat Al-Quranul Karim, dengan hadis-hadis Nabi SAW dan kata bicara dari para tokoh dan imam, untuk mencabut dari gangguan-ganguan dalam diri dan was-was dalam dada setiap yang syubhat dan memperbetulkan setiap buruk sangka, sehingga tiada ditinggalkan sesuatu mushkilah pun melainkan dicelanya, atau sesuatu persoalan pun melainkan dijawabnya. Yang demikian itu dapat diikuti dalam semua karangan-karangannya, umpamanya “An-Nasha’ah Ad-Dinniyah” dan sebuah risalah yang berjudul “Ad-Da’wah At-Tamah”, dan risalah yang lain lagi berjudul “Al-Muzakkarah Ma’a Al-Ikhwan Wal-Muhibbin”, yang lain lagi “Al-Fawassal Al-‘Ilmiyyah” dan “Ithaf As-Sa’al Ba’jawabah Al-Masa’al” dan sebuah dewan (kumpulan syairnya) yang terkenal itu. Beliau r.a. telah diwafatkan pada petang hari Selasa, 7 haribulan Dzulkaedah tahun 1132 Hijrah, dan dikebumikan di perkuburan Zanbal, kota Tarim. Moga-moga Alah menggandakannya dengan balasan pahala yang banyak.

Dipetik dari: Nasihat Agama dan Wasiat Iman – Imam Habib Abdullah Haddad terjemahan Syed Ahmad Smeth
Kembali Ke Atas Go down
https://ikajab.indonesianforum.net
 
Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
-·=»‡«=·-IKATAN KEKELUARGAAN JAWA BARAT-·=»‡«=·- :: Ceramah dan Tausiyah :: Para Ulama Nusantara-
Navigasi: